Peserta larian Fun Walk Sinar Harian teruja, tiba seawal 5 pagi
KUALA LUMPUR - Lebih 50 orang peserta mula tiba di Dataran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di sini seawal jam 5 pagi untuk menyertai acara Fun Walk Sinar Harian 16 pada Ahad.
Bagaimanapun, proses pendaftaran di setiap kaunter Sinar Harian dan DBKL di sini berjalan lancar.
Sementara itu, pihak urus setia acara Fun Walk Sinar Harian 16 masih bertungkus-lumus menyiapkan stesen permainan dan pelbagai aktiviti yang bakal disediakan sepanjang acara ini berlangsung.
Sinar Harian sebagai sebuah akhbar yang dekat dengan masyarakat menganjurkan program kecergasan dinamakan Fun Walk Sinar Harian 16 sempena ulang tahun penerbitannya pada 31 Julai.
Ketua Pegawai Eksekutif Grup Sinar Karangkraf, Farah Hussamuddin berkata, program yang berkonsepkan manfaat masa bersama keluarga dengan melakukan aktiviti kecergasan pada hujung minggu ini adalah antara program utama sambutan ulang tahun Sinar Harian ke-16 dan terbuka kepada semua lapisan masyarakat.
Menurutnya, Sinar Harian turut mengambil inisiatif untuk bersama-sama dengan kerajaan dan kementerian sebagai sebahagian aktiviti tanggung jawab sosial korporat syarikat menerusi sukan bersama keluarga.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!