Gempa bumi Filipina: 10 maut, lebih 300,000 penduduk terjejas

Salah satu bangunan rosak teruk akibat gempa bumi yang melanda Filipina. - Foto Twitter
Salah satu bangunan rosak teruk akibat gempa bumi yang melanda Filipina. - Foto Twitter
A
A
A

MANILA - Gempa bumi yang melanda Filipina awal minggu ini telah menjejaskan lebih 314,000 penduduk, dan angka kematian mencecah 10 orang, menurut Majlis Pencegahan dan Pengurusan Risiko Bencana Nasional (NDRRMC) pada Ahad.

Lebih 21,800 rumah rosak manakala 48 bandar dan majlis perbandaran mengalami gangguan bekalan elektrik, lapor Sputnik.

Gempa berukuran tujuh pada skala Richter itu berlaku di wilayah Abra, Luzon dan Metropolitan Manila di utara Filipina pada 27 Julai, dengan pusat gempa terletak pada kedalaman 17 kilometer.

Sebanyak 798 gegaran susulan turut dilaporkan berlaku. - Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!