Budak lelaki hilang sejak Jumaat ditemukan lemas

No Image Caption
A
A
A

JOHOR BAHRU - Kanak-kanak lelaki yang dilaporkan hilang sejak Jumaat ditemukan lemas di Sungai Plentong di sini pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Mohd Sohaimi Ishak berkata, mayat kanak-kanak berusia sembilan tahun itu ditemukan pada jam 11.30 pagi oleh orang awam.

"Ibu mangsa yang berusia 40 tahun membuat laporan polis pada jam 6.49 petang Sabtu memaklumkan anaknya tidak pulang ke rumah sejak jam 3 petang Jumaat.

"Namun pada jam 11.30 pagi Ahad, Balai Polis Plentong menerima makluman awam bahawa terdapat satu mayat ditemukan lemas di kawasan Sungai Plentong," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Ahad.

Tambah beliau, polis mengklasifikasikan kes berkenaan sebagai mati mengejut, manakala mayat mangsa dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Sultan Ismail untuk bedah siasat.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!