Kim Fatt menang tanpa bertanding Presiden WFM

(Dari kiri) Kuan Sai Kow, Yong Kheng Chien, Chong Kim Fatt, Chin Kim Hiung, Chin Kin Thong.
(Dari kiri) Kuan Sai Kow, Yong Kheng Chien, Chong Kim Fatt, Chin Kim Hiung, Chin Kin Thong.
A
A
A
[DIKEMAS KINI] PEMILIHAN Persekutuan Wushu Malaysia (WFM) pada Ahad menyaksikan Datuk Chong Kim Fatt dipilih sebagai presiden persekutuan berkenaan bagi penggal 2022 hingga 2024.

Pemilihan berkenaan dibuat setiap kali selepas tempoh tiga tahun bagi memilih jawatankuasa serta ahli-ahli persatuan baharu bagi mengendalikan urusan WFM.

Selaku calon tunggal, Kim Fatt dipilih sebulat suara untuk terus menjawat jawatan berkenaan selain dibantu Datuk Chin Kim Hiung (Timbalan Presiden), Chin Kin Thong (Pengerusi) dan Yong Kheng Chien selaku Setiausaha Agung.

Dalam pada itu, jawatan bendahari WFM menjadi milik Kuan Sai Kow setelah mengenepikan calon dari Johor, Ivan Lee Teo Heng yang menarik diri pada saat akhir.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!