Vincent hampir muflis tapi tak mudah mengalah
Impian utuk memberi keselesaan hidup kepada keluarga tercinta mendorong seorang jurujual mengeluarkan semua wang simpanan dan mencagarkan rumahnya semata-mata untuk mendapatkan modal bagi memulakan perniagaan restoran.
Biarpun menyedari perniagaan makanan bukanlah semudah ABC, namun Vincent Heng nekad untuk mengubah kehidupan demi masa depan yang lebih baik untuk orang tersayang.
Pada 2016, Vincent memulakan langkah pertama membuka KK Beaufort Restoran yang terletak di Kota Kinabalu, Sabah. Beliau akui pada peringkat awal terpaksa berdepan dengan pelbagai cabaran dalam memulakan bidang baharu dalam hidupnya.
KK Beaufort Restoran di Luyang, Kota Kinabalu kini semakin dikenali dan mendapat sambutan daripada penduduk sekitar.
"Sebelum ini saya bina kerjaya dan mencari rezeki sebagai seorang jurujual dan tiba suatu ketika, saya terfikir sampai bila saya mahu sara keluarga dengan makan gaji saja.
"Saya mahu keluarga saya hidup lebih selesa. Jadi saya berazam untuk mengubah kehidupan dan terjun ke bidang perniagaan iaitu menguruskan KK Beaufort Restoran.
"Memang tak ada benda mudah untuk berjaya dalam dunia ini. Semua orang terutamanya usahawan perlu lalui bermacam cabaran. Kita kena kuat untuk hadapi dan lepasi setiap rintangan untuk menuju kejayaan," cerita Vincent tentang pengalaman awalnya terlibat dalam perniagaan makanan dan minuman ini.
Beliau tidak menafikan persaingan dalam perniagaan restoran cukup besar dan bukan mudah untuk mentransformasinya mengikut apa yang diingini.
Tapi Vincent bersyukur pengalaman kerja sebagai jurujual dan individu yang pernah terlibat dalam dunia hospitaliti menjadi pemangkin untuk dirinya mengadaptasi dengan situasi semasa.
"Kami mengubah cara pemikiran masing-masing, budaya kerja juga kita ubah supaya ia selari dengan kehendak dan tuntutan terkini.
"Bila perubahan dibuat dari segi pengurusan, operasi dan servis secara drastik tapi tersusun, saya melihat perniagaan KK Beaufort Restoran juga menunjukkan prestasi memberangsangkan," katanya.
Hampir rebah dilanda pandemik Covid-19
Namun ibarat melayarkan kapal di tengah lautan, laut tak sentiasa tenang dan di kala ribut badai melanda, pastinya kapal dilambung ombak.
Begitulah jua situasi di KK Beaufort Restoran. Wabak Covid-19 yang melanda pada 2020 nyaris membuatkan Vincent tersungkur dalam perniagaan yang dibinanya sejak empat tahun lalu itu.
"Kami hampir berdepan dengan tindakan muflis pada Mei 2020. Saya fikir masa itu adalah penamat untuk perjalanan KK Beaufort Restoran.
"Tapi nasib baik seorang rakan datang berjumpa saya dan tawarkan untuk bersama membuat satu syarikat penghantaran makanan. Namun ia tidak berjaya dan saya ambil keputusan untuk membuat servis penghantaran sendiri," katanya.
Pastinya ramai yang hairan kepada Vincent memilih untuk membuat servis penghantaran sendiri sedangkan sudah ada beberapa syarikat perkhidmatan makannan yang sudah terkenal.
Beliau menjelaskan memang ada terfikir untuk menggunakan perkhidmatan syarikat-syarikat penghantaran itu, namun beliau membatalkan niat tersebut.
"Memang ada syarikat penghantaran yang menghubungi saya secara peribadi menawarkan perkhidmatan mereka, tapi saya menolaknya.
"Sebab utama saya lihat platform penghantaran itu mengenakan caj komisen yang tinggi. Memang betullah kalau kita nak guna servis orang lain, kita kena bayar. Tapi jika saya gunakan servis mereka maka saya kena naikkan harga setiap menu dan saya tak suka buat macam tu.
"Jadi saya buat pasukan penghantaran sendiri, jadi saya tak perlu naikkan harga jualan saya. Dalam masa sama perniagaan saya pun boleh melonjak," jelas Vincent.
Servis perlu kreatif untuk tarik pelanggan.
Maxis Business sedang mengadakan UsahaWIRA roadshow di H Elite Design Hotel, Kota Bharu pada 20 Ogos ini untuk membantu mendigitalisasikan perniagaan anda!
Kami menyediakan sesi konsultasi dan anda juga berpeluang untuk memenangi cenderahati eksklusif. Klik di sini untuk maklumat lanjut.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!