Operasi tembak gagak atasi isu kebersihan

Operasi tembak gagak dilakukan setiap tahun bagi mengurangkan populasi haiwan berkenaan.
Operasi tembak gagak dilakukan setiap tahun bagi mengurangkan populasi haiwan berkenaan.
A
A
A

SHAH ALAM - Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) akan mengadakan operasi menembak gagak pada Ahad ini bagi mengurangkan populasi haiwan berkenaan.

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam MBSA, Shahrin Ahmad berkata, tabiat burung gagak menyelongkar tong sampah serta kawasan pembuangan sampah untuk mencari punca makanan menyebabkan pencemaran dan gangguan.

Menurutnya, operasi tersebut sebagai inisiatif mengatasi permasalahan itu serta dapat meningkatkan tahap kebersihan.

"Operasi akan diadakan pada 7 Ogos ini mulai jam 6.30 pagi hingga 8 malam. Antara lokasi terlibat adalah Seksyen 2 hingga Seksyen 36 dan Seksyen U1 hingga Seksyen U20.

"Warga Shah Alam dinasihatkan untuk mengambil maklum mengenai operasi ini dan tidak berada berhampiran dengan lokasi operasi tembak gagak ini dijalankan," katanya menerusi kenyataan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!