Malaysia perlu tumpu usaha tingkat daya tahan ekonomi
KUALA LUMPUR - Malaysia perlu menumpukan usaha untuk meningkatkan daya
tahan ekonomi dengan mempelbagaikan sumber ekonomi, memperkukuh daya saing ekonomi dan kedudukan fiskal negara.
Timbalan Menteri Kewangan II Yamani Hafez Musa berkata, rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) adalah penampan utama terhadap aliran keluar masuk pelaburan global yang ketara dan besar.
"Tanpa sokongan rizab antarabangsa, kadar turun naik nilai pertukaran mata wang ringgit akan menjadi tidak menentu akibat peningkatan kadar volatiliti dalam pasaran,” katanya semasa sesi soal jawab pada persidangan Dewan Rakyat di sini, pada Isnin.
Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Pang Hok Liong (Labis-PH), justeru Yamani Hafez berkata kestabilan pasaran kewangan adalah penting untuk meningkatkan keyakinan pelabur asing untuk melabur dalam pasaran kewangan tempatan yang seterusnya akan memberikan impak positif kepada paras rizab antarabangsa.
Jumlah terkini rizab antarabangsa BNM pada 30 Jun 2022 adalah sebanyak AS$109 billion bersamaan dengan RM480.1 billion. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!