Perak terus pantau kebersihan sungai
Pastikan tahap kebersihan
Abdul Aziz menyempurnakan perasmian Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Perak 2019 di AEON Station 18, petang tadi.
A
A
A
Exco Pendidikan, Teknologi, Sains dan Alam Sekitar Dr Abdul Aziz Bari berkata, setakat ini keadaan sungai di negeri ini didapati berada dalam keadaan yang baik.
"Setakat ini, sungai-sungai di Perak, ok. Kita pun dah rancang untuk tingkatkan lagi kebersihan di sungai-sungai berkenaan.
"Hasil tinjauan di kawasan pendalaman, kita dapati masih banyak lagi sungai yang cantik di Perak.
"Selain boleh dijadikan destinasi pelancongan sungai-sungai ini juga boleh dijadikan sebagai sumber bekalan air," katanya pada sidang media setelah menyempurnakan perasmian Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Perak 2019 di AEON Station 18, petang tadi.
Abdul Aziz berkata demikian berhubung insiden pencemaran Sungai Kim Kim di Pasir Gudang akibat pembuangan bahan kimia di sungai berkenaan.
Sementara itu Abdul Aziz berkata, pihaknya tidak dapat memberikan kenyataan lanjut kerana sebarang kenyataan memerlukan fakta yang tepat.
"Jika fakta yang dinyatakan tidak tepat, ia pasti akan menimbulkan keresahan dalam kalangan orang ramai.
"Terima kasih juga atas keprihatinan pihak media kerana isu alam sekitar ini agak penting sekarang," katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!