Dua pembaca lelaki gondol hadiah RM22,000
SHAH ALAM - Dua pembaca lelaki berjaya menggondol hadiah wang tunai berjumlah RM22,000 pada Finale Peraduan Kumpul dan Menang Sinar Harian Edisi Ketiga sempena Sambutan Ulang Tahun Sinar Harian ke-16, malam Ahad.
Peraduan yang menawarkan hadiah keseluruhan wang tunai RM50,000 itu menyaksikan Mohd Isa @ Hashim Ahmad dari Sungai Buloh, Selangor muncul sebagai pemenang tempat pertama Kategori Utama sekali gus menerima habuan tunai RM15,000.
Kegembiraan itu dikongsi bersama pembaca dari Kuala Lumpur, Bahrin Ahmad Basir yang membawa pulang hadiah wang tunai RM7,000 apabila menjuarai Kategori Kreatif.
Ketua Jabatan Pemasaran Grup Sinar Karangkraf, Nik Justin Nik Mohd Ariffin berkata, selain juara Kategori Utama mendapat perhatian ramai kerana hadiah lumayan yang dimenangi, johan Kategori Kreatif turut mencuri tumpuan kerana idea di luar kotak yang diketengahkan.
Katanya, Bahrin yang baru berusia 20-an menjadi satu-satunya peserta yang menghantar penyertaan bagi Kategori Kreatif dalam bentuk digital iaitu video.
"Sejak peraduan ini dianjurkan, inilah kali pertama kami terima penyertaan Kategori Kreatif dalam bentuk digital dan selebihnya hantar penyertaan dalam bentuk fizikal.
"Namun, pemilihannya sebagai pemenang bukan atas faktor itu sahaja tetapi kerana video yang dihasilkan bertepatan dengan tema peraduan ini iaitu memaparkan Sinar Harian sebagai wadah yang amat dekat dengan rakyat seiring dengan wajah baharu dan pengisian yang penuh dengan perspektif segar," katanya.
Nik Justin berkata demikian pada program kemuncak itu yang dihoskan Addy Junaidi di Studio F, Kompleks Kumpulan Karangkraf di sini dan disiarkan secara langsung di semua platform digital Sinar Harian.
Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Grup Sinar Karangkraf, Farah Hussamuddin dan Ketua Pengarang Kumpulan Sinar Harian, Rozaid Rahman yang masing-masing membuat cabutan bagi pemilihan pemenang Kategori Utama dan Hadiah Misteri.
Peraduan Kumpul dan Menang Sinar Harian Edisi Ketiga bermula pada 1 Jun sehingga 26 Julai lalu sempena wajah baharu Sinar Harian.
Panel 10 juri sebulat suara memilih Bahrin sebagai pemenang Kategori Kreatif dan dengan kemenangan itu dia juga muncul antara pemenang termuda dalam ketiga-tiga edisi Peraduan Kumpul dan Menang Sinar Harian.
Hadiah misteri percutian atas kapal layar
Nik Justin menambah, satu kejutan turut dilakukan pada pentas finale berkenaan apabila tiga pembaca bertuah diumumkan memenangi tiga hadiah misteri.
Ia berupa pakej percutian (pergi balik) di atas kapal layar Resorts World Cruises selama tiga hari dua malam dari Klang ke Singapura yang keseluruhannya bernilai hampir RM10,000.
Menurutnya, pemberian hadiah misteri tersebut bertepatan dengan sambutan hebat program Fun Walk Sinar Harian 16 yang diadakan pada sebelah pagi dan berjaya mengumpulkan lebih 3,000 peserta.
"Jadi, pakej percutian atas kapal layar ini juga sebagai tanda penghargaan kepada pembaca yang tidak henti-henti memberikan sokongan kepada Sinar Harian selama ini," jelasnya.
Tiada peserta kalah
Nik Justin memberitahu, keseluruhannya lebih 10,000 penyertaan diterima bagi Peraduan Kumpul dan Menang Sinar Harian kali ini dengan 300 penyertaan bagi Kategori Kreatif.
Apa yang luar biasa, buat pertama kalinya semua pembaca yang menyertai peraduan itu menerima hadiah istimewa meskipun tidak berjaya memperoleh hadiah wang tunai.
Kata Nik Justin, setiap peserta dihadiahkan sebulan akses percuma Sinar Premium yang menyajikan berita-berita eksklusif.
KATEGORI UTAMA
Tempat Pertama (RM15,000): Mohd Isa @ Hashim Ahmad - Sungai Buloh, Selangor
Tempat Kedua (RM5,000): Maisara Subhatina Md Fuzi - Rawang, Selangor
Tempat Ketiga (RM3,000): Hassan Abd Khalid - Pontian, Johor
KATEGORI KREATIF
Tempat Pertama (RM7,000): Bahrin Ahmad Basir - Kuala Lumpur
Tempat Kedua (RM3,000): Norazlan Musihat - Selangor
Tempat Ketiga (RM2,000): Mohd Norazmin Mohamed - Perak
HADIAH MISTERI
Rustarmizi Long - Pulau Pinang
Fatin Nabila Johari - Selangor
Nordin Sampul - Selangor
HADIAH SAGUHATI (RM500)
1. Rosimah Ramlan - Johor
2. Siti Rupiah Zakaria - Kelantan
3. Kamarofludin Ahmad - Kedah
4. Muhammad Fitri Shamsuddin - Selangor
5. Nor Sham Hamisan - Johor
6. Khairi Mohd Nor - Perak
7. S Hanim Man - Johor
8. Azizi Shafie - Selangor
9. Zaitun Salleh - Kedah
10. Norshuhada Abdul Razak - Perak
11. Karim Mat Noor - Pahang
12. Mohd Bukhari Abd Wahab - Terengganu
13. Fatimah Ibrahim - Pahang
14. Siti Salwa Mahamud - Kedah
15. Ab Manaf Yusoff - Kelantan
16. Nur Hanani Mohamed Isa - Perak
17. Jaafar Othman - Pulau Pinang
18. Haslina Osman - Selangor
19. Shaharum Shamsuddin - Kuala Lumpur
20. Wan Nasuha Wan Abdul Razak - Terengganu
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!