Prestasi Tok Gajah beransur pulih
Ketua Jurulatih Interimnya, Datuk Dollah Salleh berkata, kerjasama antara pemain juga dilihat semakin baik, namun beliau akui masih terdapat beberapa kesilapan kecil yang perlu diperbaiki bagi mencapai prestasi lebih baik pada perlawanan seterusnya.
"Malam ini, pemain bermain dengan baik pada separuh masa pertama sebelum rentak kami berubah kerana terikut-ikut dengan rentak lawan yang bermain secara perlahan. Bagaimanapun hal itu dapat diatasi dengan disiplin pemain untuk mencatat kejayaan," katanya kepada pemberita selepas perlawanan tamat.
Pada perlawanan itu, dua gol Tok Gajah dijaringkan penyerang muda Andres Steven Rodriguez pada minit ke-31 disusuli gol kemenangan pada minit ke-67.
Sementara itu, pengendali KDA FC Aidil Sharin Sahak mengakui ketiadaan beberapa tonggak utama pasukan akibat kecederaan mempengaruhi persembahan skuad Helang Merah pada perlawanan itu yang merupakan kekalahan kedua berturut-turut selepas tewas 1-2 kepada Kuala Lumpur City FC, Rabu lepas. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!