Pak Majid Cherating mahu bawa karya manik ke Unesco

PMC mengecat pintu gerbang di pusat pelancongannya sebagai persediaan menyambut kedatangan menteri.
PMC mengecat pintu gerbang di pusat pelancongannya sebagai persediaan menyambut kedatangan menteri.
A
A
A

KEMAMAN - Hasrat pemegang rekod dunia yang menghasilkan sulaman manik terpanjang, Abdul Majid Abdul Rahman atau lebih dikenali sebagai Pak Majid Cherating (PMC) agar karyanya itu turut diiktiraf Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (Unesco) kini hampir menjadi nyata.

Pak Majid Cherating berkata, dia yakin harapannya dapat direalisasikan dengan sokongan padu Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Mohamaddin Ketapi yang bakal melawat pusat pelancongan PMC di Kampung Baru Cherating, Pahang.

Menurutnya, kunjungan itu juga sebagai meraikan kejayaannya mencipta rekod dunia pada dua tahun lalu.

"Sekarang saya tengah giat bersiap sambut kedatangan menteri dalam masa terdekat iaitu dengan membina pintu gerbang dan ubah suai bangunan pusat pelancongan PMC," katanya ketika ditemui di Chukai, semalam.

Pak Majid Cherating mengharumkan nama Malaysia di mata dunia apabila karya sulaman manik terpanjang yang dihasilkannya pada 2017 menggunakan 500,000 manik pelbagai warna diiktiraf oleh World Record Academy yang beroperasi di Amerika Syarikat.

PMC menunjukkan gambar pertemuannya dengan Mohamaddin dan keratan akhbar mengenai kejayaannya menjadi pemegang rekod dunia.
PMC menunjukkan gambar pertemuannya dengan Mohamaddin dan keratan akhbar mengenai kejayaannya menjadi pemegang rekod dunia.

Karya bermotifkan Jalur Gemilang dan Menara Berkembar Petronas itu dihasilkan pada 2016 dan dianggap pencapaian peribadinya.

Kata Pak Majid Cherating, dia juga berharap Sultan Pahang berkenan mencemar duli untuk hadir meraikan kejayaannya mencipta rekod dunia itu kerana perkara itu sebelum ini telah dibincangkan dengan exco kerajaan negeri terdahulu namun ia tertangguh.

Artikel Berkaitan:

"Besar harapan saya agar Sultan Pahang serta menteri besar dapat berkunjung ke pusat pelancongan PMC ini kerana persiapan untuknya telah saya lakukan sejak setahun yang lalu," katanya.

Pusat pelancongannya mempunyai pelbagai hasil karya sulaman manik termasuk destar dan tasbih, koleksi antik botol dan cawan getah, koleksi topi keselamatan dan turut memiliki beberapa chalet.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!