Anak pengasas Huawei didakwa lakukan penipuan

Gambar ilustrasi menunjukkan Wanzhou ketika dibicarakan di Mahkamah Tinggi British Columbia, semalam.
Gambar ilustrasi menunjukkan Wanzhou ketika dibicarakan di Mahkamah Tinggi British Columbia, semalam.
A
A
A

OTTAWA - KANADA. Ketua Pegawai Kewangan syarikat telekomunikasi gergasi, Huawei, semalam berdepan tuduhan melakukan penipuan di Amerika Syarikat (AS).

Anak kepada pengasas firma di China itu, Meng Wanzhou itu didakwa melanggar sekatan AS ke atas Iran.

Wanzhou dituduh menggunakan anak syarikat Huawei digelar Skycom untuk mengelakkan sekatan ke atas Teheran antara 2009 dan 2014.

Difahamkan, perbicaraan itu berlangsung selama lima jam dan akan disambung semula pada Isnin ini.

Wanita terbabit ditahan di Vancouver pada Sabtu lalu dan bakal diekstradisi ke Washington.

Penahanannya juga mencetuskan bantahan China yang menegaskan Wanzhou tidak melanggar sebarang undang-undang. - BBC

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!