Sepanyol beri bantuan bulanan AS$410 kepada pelarian Ukraine
ANKARA - Pelarian Ukraine di Sepanyol akan menerima bantuan kerajaan berjumlah €400 (AS$410) sebulan.
Bantuan itu akan diberikan kepada rakyat Ukraine yang telah mendapat perlindungan sementara di Sepanyol dan tidak mempunyai masalah kewangan, lapor Agensi Anadolu.
Kerajaan meluluskan dekri Diraja pada Isnin, menurut Kementerian Kemasukan, Keselamatan Sosial dan Migrasi.
Tambahan €100 (AS$102) akan diberi untuk setiap tanggungan bawah umur.
Bulan lalu, menurut kerajaan lebih 130,000 pelarian dari Ukraine mendapat perlindungan sementara di Sepanyol sejak konflik dengan Rusia tercetus.
Menurut data terkini Agensi Pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, hampir 10 juta rakyat Ukraine telah melarikan diri ke negara jiran sejak konflik bermula pada 24 Februari. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!