Langkah kanan skuad B-16 negara

Arami Wafiy Zakimi. - Foto FB FAM
Pemain negara meraikan gol sulung pada perlawanan pembukaan Kumpulan C, Kejuaraan B-16 AFF 2022 berdepan Kemboja pada Selasa. - Foto FB FAM
Arami Wafiy Zakimi. - Foto FB FAM Pemain negara meraikan gol sulung pada perlawanan pembukaan Kumpulan C, Kejuaraan B-16 AFF 2022 berdepan Kemboja pada Selasa. - Foto FB FAM
A
A
A

SKUAD bawah 16 tahun (B-16) negara meraih tiga mata berharga apabila menewaskan Kemboja 3-0 pada aksi sulung Kumpulan C, Kejuaraan B-16 AFF 2022 di Stadium Maguwoharjo Sleman, Indonesia pada Selasa.

Bermula garang sebaik wisel permulaan, skuad kendalian Osmera Omaro itu hanya memerlukan enam minit untuk membuka jaringan menerusi Arami Wafiy Zakimi.

Bagaikan mendapat semangat baharu, skuad B-16 negara semakin hebat mengasak ke gawang lawan bagi menambah jaringan, namun gagal menembusi benteng pertahanan lawan hingga tamat babak pertama.

Kesebelasan skuad B-16 negara pada perlawanan berkenaan. - Foto FB FAM
Kesebelasan skuad B-16 negara pada perlawanan berkenaan. - Foto FB FAM

Skuad B-16 negara semakin menggandakan asakan pada babak kedua hingga menyaksikan pemain Kemboja, Tum Sophat tertampan bola ke gol sendiri pada minit ke-58.

Mendahului dengan dua gol menyaksikan skuad B-16 negara semakin hebat mengasak gawang lawan dan akhirnya menyaksikan Faris Danish Asrul menjaringkan gol ketiga yang juga gol kemenangan pada minit ke-78.

Dalam satu lagi aksi Kumpulan C menyaksikan Myanmar menewaskan Australia, 3-2.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!