Rumah ranap dirempuh lori terbabas sebelum jatuh gaung

Rumah didiami sembilan individu roboh selepas dirempuh lori tiga tan dalam kejadian di Kampung Kapa, Tamparuli, Tuaran, pada Rabu.
Rumah didiami sembilan individu roboh selepas dirempuh lori tiga tan dalam kejadian di Kampung Kapa, Tamparuli, Tuaran, pada Rabu.
A
A
A

TUARAN - Sebuah rumah didiami oleh sembilan individu termasuk seorang warga emas roboh selepas dirempuh sebuah lori tiga tan yang terbabas dalam kejadian di Kampung Kapa, Tamparuli, pada Rabu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tuaran Abd Qawie Abd Gapar berkata, dalam kejadian kira-kira jam 7 pagi itu, pemandu dan kelindan lori cedera selepas kenderaan itu terbabas sendiri, kemudian terjatuh ke dalam gaung sedalam 500 meter.

"Lori terbabit terjatuh ke dalam gaung menyebabkan dua mangsa cedera. Pemandu lori turut terjatuh ke dalam gaung, kelindannya pula melompat keluar untuk menyelamatkan diri," katanya ketika dihubungi Sinar Harian, pada Rabu..

Menurut Abd Qawie, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 7.48 pagi.

Katanya, seramai 14 anggota ke lokasi kejadian yang terletak sejauh 22 kilometer dari BBP Tuaran.

Lori tiga tan termasuk ke dalam gaung sedalam 500 meter selepas terbabas sendiri dalam kejadian di Kampung Kapa, Tamparuli, Tuaran.
Lori tiga tan termasuk ke dalam gaung sedalam 500 meter selepas terbabas sendiri dalam kejadian di Kampung Kapa, Tamparuli, Tuaran.

"Menurut maklumat kemalangan membabitkan lori yang terbabas sendiri dan melanggar sebuah rumah sehingga menyebabkan kerosakan 90 peratus serta terdapat sembilan penghuni rumah berusia antara 19 hingga 82 tahun namun tidak mengalami kecederaan dalam kejadian itu.

"Lori pula terjatuh ke dalam gaung menyebabkan dua mangsa cedera. Pemandu turut terjatuh ke dalam gaung manakala kelindan melompat keluar untuk menyelamatkan diri dalam kejadian itu," katanya.

Katanya lagi, mangsa yang cedera mendapat rawatan awal pasukan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) sebelum dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut.

Katanya, operasi ditamatkan pada jam 9.50 pagi selepas pasukan bomba memastikan tiada bahaya lain di lokasi.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!