100 premis judi dipotong bekalan elektrik

Operasi bersepadu TNB dan PDRM yang dijalankan di Melaka baru-baru ini.
Operasi bersepadu TNB dan PDRM yang dijalankan di Melaka baru-baru ini.
A
A
A

MELAKA - Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama Tenaga Nasional Berhad (TNB) bertindak memotong bekalan elektrik di 100 buah premis yang menjalankan aktiviti perjudian bermula Januari hingga Julai lalu.

Ketua Polis Melaka, Datuk Zainol Samah berkata, daripada jumlah itu 65 premis yang dipotong di Melaka Tengah, Alor Gajah 18 premis dan selebihnya di Jasin.

Menurutnya, siasatan awal polis mendapati kesemua premis tersebut pernah diserbu beberapa kali sebelum ini tetapi pemilik dan penjaga premis masih berdegil.

Katanya, tindakan pemotongan itu bagi mengelak premis terbabit aktif semula dan terus menjalankan aktiviti perjudian.

Pekerja TNB membuat pemotongan di salah sebuah premis.
Pekerja TNB membuat pemotongan di salah sebuah premis.

"Premis-premis ini dikesan menjalankan kegiatan perjudian dalam talian dengan berselindung di sebalik perniagaan barangan telefon bimbit bagi mengaburi pihak berkuasa," katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Rabu.

Tambahnya, operasi bersepadu pemotongan bekalan elektrik itu disertai seramai lapan pegawai, 20 anggota daripada JSJ negeri dan 15 pegawai TNB.

"Pemotongan elektrik di premis dilakukan mengikut Seksyen 21A (1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 (Pindaan 2001)," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!