[VIDEO] CEO antara enam direman kes rasuah kuota pekerja asing

Kesemua suspek dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya untuk permohonan tahanan reman.
Kesemua suspek dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya untuk permohonan tahanan reman.
A
A
A

PUTRAJAYA - Enam individu termasuk ketua pegawai eksekutif sebuah syarikat teknologi direman tiga hari bagi membantu sisatan selepas disyaki menerima rasuah berjumlah antara RM800 hingga RM1,500 sebagai balasan membantu majikan atau ejen dalam proses mendapatkan kuota pekerja asing.

Perintah reman itu dikeluarkan Majistret, Irza Zulaikha Rohanuddin pada Rabu selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Menurut sumber, syarikat teknologi maklumat itu dipercayai penyedia platform bagi permohonan pekerja asing yang dilantik oleh kerajaan dan sudah terlibat dalam memproses kira-kira 345,861 kuota bagi tempoh Mei hingga 29 Julai 2022.

"Kesemua suspek yang terdiri daripada dua wanita berusia 40 hingga 50 tahun itu ditahan ketika hadir memberi keterangan di ibu pejabat SPRM pada Selasa," katanya.

Sementara itu, Pengarah Kanan Siasatan SPRM, Datuk Seri Hishamuddin Hashim ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 16 (a) Akta SPRM 2009.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!