'Tun M mungkin tak bagi Anwar jadi PM'

Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad ditemubual oleh pengamal media selepas keluar dari Dewan Rakyat. -Foto Zahid Izzani
Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad ditemubual oleh pengamal media selepas keluar dari Dewan Rakyat. -Foto Zahid Izzani
A
A
A

SEREMBAN - Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dijangka tidak akan menyerahkan jawatan tersebut kepada bakal penggantinya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Calon BN, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, ini kerana beliau amat mengenali sikap Dr Mahathir yang berhati keras.

"Saya tahu 'atok' (Mahathir) kita itu hati dia keras. Ini yang bercita-cita jadi Perdana Menteri (Anwar) mati kering macam bacang gantung tak jatuh, keras kat atas.

ARTIKEL BERKAITAN: 'Tun M tak mahu Anwar jadi PM'

"Itulah yang akan jadi, saya tahu sangat 'atok' kita itu. Dia takkan bagi, payah-payah benar dia bubar Parlimen," dakwanya ketika berucap dalam ceramah di Kampung Bemban, di sini, malam tadi.

Sehubungan itu, Mohamad yang juga Timbalan Presiden UMNO berkata, parti perlu bersedia menghadapi sebarang kemungkinan termasuk jika Parlimen dibubarkan lebih awal.

"Jadi kita mesti bersedia. Penyatuan ummah adalah agenda bersama supaya kita dapat bina satu gabungan kekuatan baharu," katanya.

Dalam pada itu, Mohamad berkata, beliau kasihan dengan Dr Mahathir kerana barisan menteri Kabinetnya menunjukkan prestasi tidak memuaskan.

Artikel Berkaitan:

"Saya kesian dengan Tun di usia hampir 94 tahun patutnya menteri Kabinet dia cemerlang dan nasihatkan dia. Tapi dia pula terpaksa kerja kuat kerana Kabinetnya penuh dengan menteri yang tidak cekap.

"Tak kena gaya orang tua itu esok bubar Parlimen lah. Itu sebab saya kata kita kena bersedia sebab pilihan raya tak sampai empat tahun dah," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!