KUSKOP bantu usahawan pasarkan produk guna konsep 'payung'

Anif (dua dari kiri) dan Nurul Hamizah (dua dari kanan) selepas menandatangani perjanjian sambil disaksikan oleh Noh (tengah) pada Majlis Pelancaran Produk Aductive Food Sdn Bhd (Aductive) ke semua rangkaian Mesra Petronas di Glenmarie Hotel & Golf Resort, di sini pada Rabu.
Anif (dua dari kiri) dan Nurul Hamizah (dua dari kanan) selepas menandatangani perjanjian sambil disaksikan oleh Noh (tengah) pada Majlis Pelancaran Produk Aductive Food Sdn Bhd (Aductive) ke semua rangkaian Mesra Petronas di Glenmarie Hotel & Golf Resort, di sini pada Rabu.
A
A
A

KEMENTERIAN Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) menggunakan konsep 'payung' bagi membantu usahawan yang ingin memasarkan produk mereka menerusi Skim Pembiayaian Ekonomi Desa (SPED).

Menterinya, Tan Sri Noh Omar berkata, sebanyak RM65 juta peruntukan daripada Kementerian Pembangungan Luar Bandar (KPLB) diletakkan di bawah Bank Rakyat dan SME Bank.

Katanya, sebanyak RM5 juta akan digunakan daripada peruntukan tersebut di peringkat awal bagi melihat sambutan daripada usahawan yang ingin memohon skim tersebut.

"Konsep 'payung' ini seperti usahawan yang ada pengeluar, hingga ke bawah (pengedar dan stokis).

Kita mula salurkan dana melalui Bank Rakyat sebanyak RM100,000 maksimum (kepada setiap usahawan) dan beri kelulusan secara pukal.

"Contohnya, jika stokis ingin mempunyai ejen dan perlukan RM10,000, kalau ada lima ejen nak RM50,000, kita akan luluskan (untuk lima ejen).

"Peruntukan tidak akan diberi sekali gus untuk elak daripada mereka memohon berkali-kali," katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Pelancaran Produk Aductive Food Sdn Bhd (Aductive) ke semua rangkaian Mesra Petronas di Glenmarie Hotel & Golf Resort, di sini pada Rabu.

Dalam pada itu, Noh berkata, usahawan yang ingin memohon SPED bagi membantu ejennya perlu memantau mereka dan memastikan pihak tersebut menggunakan peruntukan tersebut sebaiknya.

Ujarnya, jika usahawan tersebut kurang berpuas hati dengan prestasi ejen berkenaan, pihak tersebut boleh memilih individu lain untuk dibantu.

"Program ini sudah dilancarkan dan setakat ini kita menerima 15 permohonan awal kerana masih belum umum.

"Sekarang saya dah umum, jadi kita buka dan lihat dulu jika sambutan baik, akan tambah peruntukan," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!