Kerusi Rantau sangat penting: Anwar
SEREMBAN - Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim tanpa berselindung mengakui kerusi DUN Rantau sangat penting buat PH.
Ini kerana katanya, keputusan itu nanti akan menjadi pengukur penerimaan rakyat terhadap kerajaan yang memerintah ketika ini.
"Saya ingin ingatkan kepada kawan-kawan (pengundi DUN Rantau) bahawa PRK ini sangat penting.
"Kita hendak rakyat bagi keyakinan (pilih calon PH), kalau tidak orang akan lihat kita (rakyat Malaysia) sokong pentadbiran terdahulu (BN) yang banyak lakukan kerosakan," katanya ketika berucap pada Program Bersama Masyarakat India di Taman Sri Ramai, Kuala Sawah, di sini, malam tadi.
Katanya yang juga Ahli Parlimen Port Dickson, pengundi DUN Rantau perlu memberi mandat kepada calon PH, Dr S Streram untuk melakukan perubahan yang lebih baik.
Tambahnya, kerajaan negeri dan pusat juga bukan lagi ditadbir BN sekali gus tidak memberi apa-apa makna jika pengundi memilih Datuk Seri Mohamad Hasan.
"Sekarang ini Perdana Menteri siapa? Menteri besar siapa? Bukan lagi UMNO," katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!