Rafizi dilantik Pengerusi MPN Johor, Wilayah Persekutuan
SHAH ALAM - Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli dilantik sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) bagi dua buah negeri iaitu Wilayah Persekutuan dan Johor.
Perkara itu diumumkan oleh Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam dua mesyuarat berasingan yang diadakan bersama Ketua Cabang di negeri terbabit pada Rabu.
Menteri Besar Negeri Sembilan yang juga Naib Presiden PKR, Datuk Seri Aminuddin Harun turut dilantik sebagai Pengerusi MPN di dua negeri iaitu Negeri Sembilan dan Melaka.
“Saya berharap mereka dapat laksanakan tanggungjawab yang diamanahkan serta dapat memantapkan gerak kerja PKR mendepani Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15),” katanya menerusi satu kenyataan di Facebooknya pada Rabu.
Menteri Besar Selangor yang juga Naib Presiden, Datuk Seri Amirudin Shari sebelum itu turut diumumkan sebagai Pengerusi MPN Selangor.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!