Gerakan Tanah Air pertaruh 120 kerusi lawan UMNO
PUTRAJAYA - Gerakan Tanah Air (GTA) mempertaruhkan calonnya di 120 kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU 15) bagi melawan UMNO.
Pengerusi Penajanya, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, kesemua kerusi tersebut diletakkan di kawasan majoriti penduduk Melayu di Semenanjung Malaysia.
"Usaha kita tertumpu untuk melawan parti melayu yang menyeleweng iaitu UMNO," katanya.
Menurutnya, GTA yakin dapat menumpaskan UMNO pada PRU15 kerana parti itu hanya memenangi 35 peratus sahaja pada PRU sebelum ini.
"Selebihnya 65 peratus ada yang tidak keluar mengundi," katanya.
Beliau berkata, semua pihak termasuk badan bukan kerajaan (NGO) Melayu, ahli akademik, orang perseorangan dialu-alukan dan dijemput menyertai GTA.
"Bukan kerana perkauman tetapi usaha ini adalah untuk menentang parti Melayu yang menyeleweng dan terlibat dengan rasuah dan sebagainya," katanya.
Dia tanya adakah GTA memutuskan bakal calon yang akan diangkat sebagai Perdana Menteri sekiranya gerakan itu memenangi PRU15, Dr Mahathir berkata ia belum diputuskan.
"Calon PM, kita putuskan selepas menang," katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!