Pembantu operasi minta 'duit kopi' RM2,000 ditahan SPRM

No Image Caption
A
A
A

SHAH ALAM - Padah meminta 'duit kopi' daripada seorang individu, seorang pembantu operasi agensi kerajaan diberkas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Khamis.

Menurut sumber, suspek dipercayai meminta wang sebanyak RM2,000 daripada seorang individu.

"Suspek yang merupakan seorang lelaki berumur 41 tahun itu dipercayai bertindak demikian sebagai dorongan untuk tidak mengeluarkan kompaun terhadap individu tersebut atas kesalahan lesen pembinaan yang telah tamat tempoh.

"Suspek dipercayai bertindak demikian menerusi panggilan telefon kepada individu tersebut," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

"Suspek dipercayai bertindak demikian menerusi panggilan telefon kepada individu tersebut,"

Katanya, suspek ditahan di SPRM Selangor kira-kira jam 2 petang ketika hadir memberi keterangan.

Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor, Datuk Alias Salim ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut,

"Kes disiasat mengikut Seksyen 16 (a)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

"Suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Shah Alam esok untuk direman," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!