Maut gagal potong lori

Keadaan kereta yang dipandu oleh mangsa.
Keadaan kereta yang dipandu oleh mangsa.
A
A
A

KLUANG – Seorang lelaki maut selepas kereta yang dipandunya hilang kawalan sebelum termasuk ke dalam longkang di KM61 Jalan Johor Bahru-Ayer Hitam kira-kira jam 7.50 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Mohd Abduh Ismail berkata, pemandu kereta yang maut dikenali sebagai Mohamad Razzi Yahaya, 27, berasal dari Taman Saga, Kulai.

“Hasil siasatan awal di lokasi kejadian dan keterangan saksi mendapati, kemalangan berlaku apabila mangsa yang datang dari arah Simpang Renggam menuju ke Kulai gagal memotong lori sebelum hilang kawalan dan terbabas ke dalam longkang.

“Akibat kejadian tersebut, mangsa tercampak ke dalam longkang besar dan lemas sebelum disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.” katanya.

Menurutnya, jenazah mangsa kemudian dibawa ke Unit Forensik Hospital Enche Besar Hajjah Kalsom (HEBHK) Kluang untuk dibedah siasat sebelum dituntut oleh ahli keluarganya untuk dikebumikan.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan di lokasi kejadian mendapati kawasan kemalangan merupakan jalan berselekoh dan berada dalam keadaan basah.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!