Nur Azmi kemudi MUSA

Nur Azmi - Foto Bernama
Nur Azmi - Foto Bernama
A
A
A

PERSATUAN Bola Sepak Melaka (MUSA) melantik Naib Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Nur Azmi Ahmad sebagai presiden badan induk tersebut.

Menurut MUSA, pemilihan bekas Ketua Kontinjen (CDM) Malaysia ke Sukan Sea Hanoi 2021 itu setelah mendapat mandat Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali.

“Setinggi-tinggi tahniah Datuk Nur Azmi Ahmad di atas pelantikan sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Melaka (MUSA) selepas mendapat mandat Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali.

“Nur Azmi merupakan calon yang paling sesuai bagi menerajui MUSA untuk meneruskan legasi kepimpinan sukan nombor satu negara ini di Melaka.

”Pengalaman Nur Azmi dalam kepimpinan sukan tidak asing lagi antaranya pernah menjawat jawatan penting di beberapa badan sukan antaranya Naib Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Presiden Karate Malaysia dan bekas Timbalan Presiden Hoki Malaysia.

”Pengalaman luas dimiliki turut melayakkan Nur Azmi untuk diberi kepercayaan sebagai CDM di Sukan SEA Hanoi 2021 pada Mei lalu,” kata MUSA pada Khamis.

MUSA juga berharap pelantikan Nur Azmi bakal memacu sukan bola sepak Melaka ke tahap lebih baik pada masa depan.

”Tulus ikhlas daripada timbalan presiden, barisan kepimpinan, warga kerja serta kelab-kelab gabungan MUSA,” ujarnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!