Bonnie gegar Birmingham 2022

Atlet powerlifting negara Bonnie Bunyau Gustin bergambar bersama pemenang pingat Perak dari England, Mark Swan (kiri) dan pemenang pingat Gangsa dari Nigeria, Innocent Nnamdi. -Foto Bernama
Atlet powerlifting negara Bonnie Bunyau Gustin bergambar bersama pemenang pingat Perak dari England, Mark Swan (kiri) dan pemenang pingat Gangsa dari Nigeria, Innocent Nnamdi. -Foto Bernama
A
A
A

JAGUH powerlifting negara Bonnie Bunyau Gustin, menepati ramalan apabila meraih pingat emas pada Sukan Komanwel Birmingham 2022 di Pusat Pameran Nasional (NEC) di Birmingham pada Jumaat

Kejayaan jaguh dunia itu dalam Kategori Lightweight Bawah 72 kilogram (kg) lelaki, sekali gus menyaksikan Bonnie menyumbangkan pingat emas keempat kepada kontinjen negara pada Sukan Komanwel kali ini.

Pemenang pingat emas Sukan Paralimpik Tokyo 2020 tahun lepas itu, melakukan angkatan 220 kilogram (kg) yang juga rekod temasya, menyaksikan atlet berusia 23 tahun itu mencipta sejarah muncul atlet pertama Malaysia, memenangi acara tersebut di temasya sukan berkenaan.

Pingat perak dimenangi wakil tuan rumah, England Mark Swan dengan angkatan 202kg manakala gangsa milik Nnamdi Innocent dari Nigeria dengan angkatan 190kg.

Pencapaian Bonnie itu juga mengubat kekecewaannya pada penampilan sulung di Gold Coast, Australia pada 2018, apabila dia terlepas pingat setelah menduduki tangga keempat.

Bonnie mencipta sejarah apabila muncul juara dunia dua kali iaitu pada 2019 di Nur Sultan, Kazakhstan dan 2021 (Georgia). - Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!