Kejayaan Bonnie rangkul emas banggakan negara: PM

Ismail Sabri
Ismail Sabri
A
A
A

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengucapkan syabas dan tahniah kepada atlet powerlifting, Bonnie Bunyau Gustin yang merangkul pingat emas pada Sukan Komanwel Birmingham 2022.

Menerusi catatan di Facebook rasmi beliau, Perdana Menteri berkata, kejayaan Bonnie memenangi pingat emas keempat buat kontinjen Malaysia membanggakan negara.

"Atlet powerlifting kebanggaan negara Bonnie Bunyau Gustin membanggakan negara setelah memenangi pingat emas," katanya.

Atlet kebanggaan negara itu memenangi pingat emas setelah melakukan angkatan 220 kilogram (kg) dalam kategori lightweight bawah 72 kg di Pusat Pameran Nasional (NEC).

Kontinjen negara setakat ini meraih keseluruhan empat pingat emas, dua perak dan tiga gangsa. - Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!