4 cedera parah dalam kebakaran hospital

Gambar hiasan - Foto 123RF
Gambar hiasan - Foto 123RF
A
A
A

ICHEON - Sebuah hospital di Icheon, kira-kira 50 kilometer di tenggara Seoul, terbakar pada Jumaat pagi, kata pegawai bomba.

Agensi berita Yonhap melaporkan kebakaran itu berlaku pada jam 10.20 pagi, dengan 10 orang diselamatkan dari bangunan hospital setakat ini.

Empat daripada mereka dilaporkan mengalami kecederaan serius.

Polis dan pihak berkuasa bomba akan melakukan siasatan sebaik sahaja kebakaran dipadamkan bagi mengetahui punca kejadian, kata pegawai. - Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!