Minta 'duit kopi' penjawat awam direman empat hari

Suspek ketika dibawa ke Mahkamah Shah Alam untuk permohonan reman pada Jumaat.
Suspek ketika dibawa ke Mahkamah Shah Alam untuk permohonan reman pada Jumaat.
A
A
A

SHAH ALAM - Seorang pembantu operasi direman empat hari bermula Jumaat bagi membantu siasatan berhubung dakwaan meminta 'duit kopi' daripada seorang individu sebagai dorongan untuk tidak dikenakan kompaun.

Menurut sumber, penjawat awam berusia 41 tahun itu meminta suapan sebanyak RM2,000 daripada individu tersebut sebagai dorongan untuk tidak mengenakan kompaun atas kesalahan lesen pembinaan tamat tempoh.

"Majistret Sasha Diani Sabtu membenarkan reman selama empat hari bermula Jumaat sehingga Isnin.

"Siasatan akan dijalankan mengikut Seksyen 16 (a)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009," menurut sumber tersebut pada Jumaat.

Pada Khamis, Sinar Harian melaporkan, seorang pembantu operasi kerajaan ditahan SPRM Selangor kerana disyaki meminta suapan dari satu individu melalui panggilan telefon.

Difahamkan, suspek telah ditahan di semasa hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Selangor sekitar jam 2 petang pada Khamis.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!