Gangguan bekalan air di 188 kawasan Hulu Selangor

Sebanyak 188 kawasan di Hulu Selangor akan mengalami gangguan bekalan air berjadual pada 9 hingga 11 Ogos.
Sebanyak 188 kawasan di Hulu Selangor akan mengalami gangguan bekalan air berjadual pada 9 hingga 11 Ogos.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Sebanyak 188 kawasan di Wilayah Hulu Selangor akan mengalami gangguan bekalan air berjadual berikutan kerja penambahbaikan dan penyenggaraan aset di Loji Rawatan Air Sungai Rasa, 9 Ogos ini.

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) menerusi laman Facebook rasmi pada Jumaat memaklumkan kerja penambahbaikan dan penyenggaraan itu akan bermula pada 9 pagi dan bekalan air dijangka pulih sepenuhnya pada 1 pagi, 11 Ogos.

"Pengguna dinasihatkan agar menyimpan air secukupnya untuk kegunaan seisi rumah dan pastikan semua bekas simpanan air ditutup,” menurut Air Selangor.

Senarai kawasan yang akan mengalami gangguan bekalan air berjadual boleh didapati di pautan https://hentitugas.airselangor.com/?lang=ms. - Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!