Jika saya tidak jadi ahli politik, saya akan...

Selain cantik, Rara juga seorang wanita yang berani
Selain cantik, Rara juga seorang wanita yang berani
A
A
A
"JIKA saya tak jadi ahli politik, mungkin saya bertugas sebagai anggota bomba."

Demikian pengakuan ikhlas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ketari, Young Syefura Othman atau lebih dikenal sebagai Rara ketika ditanya wartawan Femina berkenaan siapa beliau jika tidak terlibat dalam dunia politik.

Tanpa rasa segan dan merendah diri, wanita jelita itu mengakui, minatnya begitu mendalam terhadap badan beruniform sejak dirinya di bangku sekolah lagi.

"Ya, masa di sekolah dahulu saya memang aktif dengan kadet bomba, saya memang minat dengan badan beruniform.

"Kenapa saya kata begitu? Sebab saya tengok orang yang pakai uniform ini nampak cantik bagi perempuan manakala bagi lelaki pula nampak segak dan tampan," katanya sambil tertawa kecil ketika ditemui dalam satu temubual khas bersama Femina di studio Karangkraf, Shah Alam baru-baru ini.

Dalam pada itu, anak jati Durian Tunggal, Melaka yang memiliki Diploma Kejururawatan dan pernah bertugas sebagai jururawat peribadi turut meluahkan hasrat kemungkinan akan bersara dalam dunia politik untuk tempoh 10 tahun akan datang.

"Namun, ia bergantung kepada keadaan," katanya.

Beliau memberitahu, dunia politik tidak semudah yang disangka kerana penuh pancaroba dan pelbagai ragam yang perlu dilalui termasuk kekangan dari segi masa.

"Saya pernah cakap kat kawan-kawan yang saya penat jadi ahli politik. Mungkin dalam tempoh lima atau 10 tahun lagi saya nak rehat dan tak mustahil kembali jadi jururawat.

"Mungkin juga saya akan buka pusat penjagaan orang-orang tua atau jaga orang-orang tua. Hanya cara itu dapat mengembalikan ketenangan jiwa saya semula," katanya yang pernah membuka Klinik Rawatan Alternatif Bekam dan Akupuntur di Puncak Alam bersama abangnya sebelum ini.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!