China semak 67 ladang untuk eksport durian sejuk beku

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Persidangan Dewan Rakyat hari ini diberitahu sebanyak 67 ladang durian telah didaftarkan untuk disemak oleh Pentadbiran Am Kastam Republik Rakyat China (GACC) bagi kebenaran mengeksport durian sejuk beku ke negara itu.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Sim Tze Tzin berkata GACC akan memeriksa ladang tersebut termasuk fasilitinya pada Mei ini.

“Sekiranya kesemua syarat telah dipatuhi dan diluluskan oleh GACC, barulah proses eksport durian sejuk beku dalam bentuk biji ke China dapat dijalankan," katanya menjawab soalan Lim Lip Eng (PH-Kepong) yang ingin tahu status terkini eksport durian sejuk beku dalam bentuk biji ke China.

Sim berkata terdapat protokol ditetapkan GACC untuk eksport durian itu antaranya perlu berdaftar dengan Jabatan Pertanian selain pengusaha fasiliti juga perlu mengamalkan Amalan Perkilangan Baik (GMP) yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan dan mengamalkan Amalan Pertanian Baik (APB).

Menurutnya, penembusan durian ke pasaran China dapat meningkatkan nilai eksport negara dalam sektor agromakanan. -Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!