Malaysia naib juara futsal AFF 2018
Keputusan itu sekali gus menyaksikan anak buah Chiew Chun Yong gagal membalas dendam kekalahan 3-4 di pentas final edisi tahun lalu di tangan lawan sama, yang turut menafikan pingat emas Malaysia pada Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017).
Pada perlawanan yang berlangsung di Gelanggang Olahraga (GOR) Universiti Negeri Yogyakarta, segalanya serba tidak menjadi apabila skuad negara ketinggalan 1-2 sebelum berehat, menyaksikan pasukan Gajah Putih itu menguasai hampir keseluruhan perlawanan.
Babak kedua menyaksikan pasukan negara cuba bangkit, namun Thailand terus menggandakan asakan, sebelum Malaysia berjaya menambah satu jaringan manakala pasukan lawan menyumbat dua lagi gol untuk memadamkan sisa-sisa perjuangan pemain negara dan sekadar berpuas hati di tempat kedua.
Sementara itu, penentuan tempat ketiga menyaksikan tuan rumah, Indonesia menebus kehampaan gagal ke pentas akhir di laman sendiri apabila menjinakkan Vietnam 3-1.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!