Lima keluarga ditempatkan ke PPR

Keadaan rumah setinggan yang terbakar dalam kejadian awal pagi tadi.
Keadaan rumah setinggan yang terbakar dalam kejadian awal pagi tadi.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Lima keluarga yang kehilangan rumah selepas terlibat dalam kebakaran awal pagi tadi akan ditempatkan di rumah PPR dalam masa terdekat.

Penolong Pegawai Daerah Johor Bahru (Pembangunan Fizikal), Mohd Fadzli Mohd Zaid berkata, pihaknya sedang mengusahakan penempatan tersebut selewat-lewatnya dalam tempoh dua minggu ini.

"Kita akan percepatkan proses bantuan untuk penempatan mangsa di rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) secepat mungkin dalam tempoh seminggu atau dua minggu ini.

"Permohonan itu dirujuk ke bahagian perumahan untuk tujuan tersebut," katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di Balairaya Usaha Jaya, hari ini.

Mangsa menerima bantuan awal berupa makanan kering dan tikar.
Mangsa menerima bantuan awal berupa makanan kering dan tikar.

Katanya, dalam kejadian awal pagi tadi itu, lima buah rumah setinggan musnah sepenuhnya melibatkan 20 mangsa termasuk seorang bayi.

"Manakala empat buah rumah lagi alami kerosakan kecil di bahagian belakang," katanya.

Namun beliau berkata bantuan untuk empat buah rumah itu masih belum dimuktamadkan.

Artikel Berkaitan:

Sebelumnya, kesemua mangsa menerima bantuan awal berupa makanan kering dan tikar.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!