Antonio Monteiro miliki koleksi permainan video terbesar dunia
MEMILIKI sebanyak 20,139 koleksi permainan video sudah cukup untuk melayakkan Antonio Monteiro dari Texas, Amerika Syarikat (AS) sebagai pemegang Rekod Dunia Guinness.
Sebelum dinobatkan sebagai pemilik koleksi permainan video terbesar di dunia itu, dia mengambil masa lapan hari untuk mengira kesemua permainan yang disusun dalam sebuah bilik di rumahnya.
Antara permainan pertama dimiliki adalah Max Basic Rifle Marksmanship Program, sebuah permainan latihan menembak yang dikeluarkan secara eksklusif oleh Nintendo untuk tentera AS dan tidak pernah dijual secara umum.
“Permainan kegemaran saya adalah Konami’s Super Castlevania IV dari tahun 1991, dan bagi saya ia adalah sebuah karya,” katanya. - Digital Trend
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!