10 maut dalam serangan udara Israel di Gaza
GAZA - Sekurang-kurangnya 10 maut dan 40 cedera dalam siri serangan udara Israel di Gaza pada Jumaat.
Dilaporkan mereka yang maut termasuk seorang pejuang kanan.
Serangan berkenaan berisiko mencetuskan satu lagi peperangan di wilayah yang ditadbir oleh Hamas dan menempatkan dua juta penduduk Palestin.
Salah satu letupan di bandar Gaza meranapkan sebuah bangunan tujuh tingkat.
Pejuang Hamas memaklumkan, seorang komandernya, Taiser Al Jabari antara yang terbunuh.
Israel dan Hamas bertempur dalam empat peperangan dan beberapa pertempuran kecil sepanjang tempoh 15 tahun.
Perang terbaharu adalah pada Mei 2021 dan ketegangan sekali lagi memuncak awal tahun ini berikutan siri serangan Israel.
Susulan serangan udara Israel ke Gaza pada Jumaat, Gaza turut melancarkan serangan udara.
Namun serangan itu berjaya dipintas sistem pertahanan udara Israel, Iron Dome.
Israel mendakwa bahawa ia merupakan tindak balas kepada beberapa hari ketegangan.
Ia juga selepas seorang komandar pejuang Hamas terbunuh dalam serangan udara yang turut mengorbankan 10 nyawa.
Israel juga telah menutup jalan di sekitar Gaza awal minggu ini.
Persiapan ketenteraan turut dikerah ke sempadan - bersiap sedia untuk serangan balas. - Awani
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!