Saliba sifatkan debutnya berbaloi

Saliba (depan) mengawal bola walaupun cuba diasak pemain Crystal Palace pada Sabtu. - GettyImages
Saliba (depan) mengawal bola walaupun cuba diasak pemain Crystal Palace pada Sabtu. - GettyImages
A
A
A

BEK Arsenal, William Saliba menyifatkan debutnya bersama skuad senior nyata berbaloi apabila berjaya membantu kemenangan 2-0 The Gunners ke atas Crystal Palace pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) pada Jumaat.

Malah menurut pemain berusia 21 tahun itu, dia berbangga dapat membantu kemenangan The Gunners dan berharap diturunkan lebih kerap selepas ini.

“Sebenarnya saya sudah menunggu agak lama untuk beraksi dengan skuad senior Arsenal dan hari ini (Jumaat), ia menjadi kenyataan.

“Bagi saya, kemenangan ini agak penting dalam usaha membentuk keyakinan kepada mana-mana pemain,” katanya.

Untuk rekod pada aksi sulung EPL itu, penyerang Arsenal Gabriel Martinelli menjaringkan gol pertama pada minit ke-20 sebelum pemain Crystal Palace, Mac Guehi menjaringkan gol sendiri pada minit ke-85.

Sementara itu mengulas mengenai aksi Saliba pada perlawanan berkenaan, pengendali Arsenal, Mikel Arteta menegaskan bahawa pemain kebangsaan Perancis itu telah mempamerkan aksi mantap di sepanjang perlawanan.

Katanya, selain membantu benteng pertahanan, Saliba turut membantu jentera serangan bagi menjaringkan gol.

“Bagi saya, Saliba beraksi dengan hebat kali ini. Dia banyak membantu pasukan dan kami seharusnya boleh menjaringkan lebih banyak gol.

‘Apa pun, dia (Saliba) harus diberikan kredit atas aksi yang dipersembahkannya kali ini dan diharapkan ia berterusan untuk kita melakarkan lebih banyak kemenangan selepas ini,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!