Millner tekad catat keputusan positif
PELUMBA Ducatti Lenovo, Jack Millner berazam melakukan yang terbaik dan mencatatkan keputusan positif pada saingan Grand Prix (GP) British di Litar Silverstone hujung minggu ini.
Malah, pelumba Australia berusia 27 tahun itu mahu menamatkan perlumbaan berkenaan pada kedudukan podium kali ini.
“Saya menghasilkan keputusan positif pada sesi ujian bebas pada hari pertama (Jumaat) dan berdasarkan ujian itu saya yakin untuk berlumba dan menamatkan perlumbaan kali ini pada kedudukan terbaik.
“Bagaimanapun, saya terbabas pada sesi ujian kedua awal pagi tadi (Sabtu) tetapi mujurlah tiada sebarang kecederaan yang serius.
“Jadi sekarang kami sedang melakukan proses bagi menetapkan persediaan jentera yang akan digunakan nanti,” katanya.
Millner kini berada pada kedudukan ketujuh dengan tiga kemenangan podium setakat ini.
Sementara itu Millner berharap agar pasukannya itu akan melakukan yang terbaik bagi mengharungi sesi kelayakan pada Ahad.
Katanya, dengan perlumbaan yang melibatkan 20 pusingan kali ini, kesemua pelumba Ducati diharap dapat memberikan fokus bagi mengharungi perlumbaan berkenaan.
“Saya sangat berharap agar pasukan ini mampu untuk melepasi sesi kelayakan Ahad ini dan seterusnya dapat mengisi slot terbaik untuk perlumbaan nanti,” katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!