Festival Setiu Wetlands 2022

A
A
A

Pengunjung berpeluang mengunjungi Boardwalk Taman Negeri Setiu bagi melihat keindahan khazanah flora dan fauna sempena Festival Setiu Wetlands 2022 di Kampung Pengkalan Gelap di sini, hari ini.

Festival bermula 4 hingga 7 Ogos itu bertujuan meningkatkan kefahaman komuniti setempat mengenai keunikan persekitaran alam semulajadi tanah bencah yang mempunyai kepentingan penjagaan ekosistem daripada segi sumber bekalan air, kawalan banjir, penghalang ribut, kawalan hakisan pantai, pemuliharaan biodiversiti serta ekopelancongan.

Taman Negeri Setiu Wetlands yang kaya dengan khazanah paya laut perlu dipelihara dan dilindungi dengan baik demi generasi akan datang, sekali gus dapat memberikan pulangan yang baik kepada komuniti daripada aspek ekonomi kelangsungan hidup dan juga ekosistem.

Kawasan tanah bencah itu juga harus diperkasa dan dimartabatkan kerana ia selaras dengan keperluan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) dan ke arah memenuhi kriteria di peringkat Kesatuan Antarabangsa Untuk Pemulihan Alam Sekitar (IUCN).

Kerajaan negeri berharap agar semua pihak sama ada di peringkat jabatan, agensi kerajaan dan swasta, badan bukan kerajaan (NGO) dan komuniti agar dapat bersama-sama dengan Majlis Pengurusan Taman Negeri Terengganu untuk memperkasa dan memartabatkan tanah bencah itu.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

Artikel Disyorkan
No Image Caption
GALERI

Tinjauan Planetarium Negara

No Image Caption
GALERI

Tarikan baharu Gua Musang

No Image Caption
GALERI

Tinjauan Cuti Hari Natal

No Image Caption
GALERI

Belalang Padi