Mara cukup peruntukan taja pelajar ke luar negara
Beliau berkata, justeru agensi itu akan meneruskan program berkenaan biarpun dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu ketika ini.
"Kerajaan akan terus menghantar pelajar-pelajar Malaysia (tajaan Mara) ke luar negara.
"Tiada tekanan (untuk menghentikan) kerana setiap tahun apabila nak buat bajet, dah letak siap-siap bajet untuk pendidikan jadi tak (perlu) susah hati," katanya pada sidang media selepas menyempurnakan Program Bekwoh Keluarga Malaysia Rakyat Tumpat dan Agihan Zakat Felcra Bhd di Pantai Geting, di sini pada Sabtu.
Turut hadir Pengerusi Felcra Berhad, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub.
Ketika ditanya bidang tumpuan untuk menghantar pelajar ke luar negara, Mahdzir berkata, ia akan dipilih berdasarkan kesesuaian semasa.
"Hari ini orang bercakap pasal teknologi digital, perubahan iklim, tenaga lestari, kecerdasan buatan (AI), ini antara bidang yang diberi tumpuan selain bidang sedia ada seperti kejuruteraan dan aeroangkasa.
"Kita juga memilih universiti terkemuka yang berada dalam 50 ternama dunia, malah pelajar yang dihantar juga memiliki markah terbaik untuk ditempatkan di universiti-universiti terbaik ini,” katanya. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!