Tun M tengok kita...

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Segelintir peserta Himpunan ICERD berseloroh bahawa Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sedang mengikuti himpunan itu 'dari jauh'.

Kata mereka, Dr Mahathir sedang melihat dan 'mengikuti' perkembangan mereka.

"Helikopter di atas itu tandanya Tun M, sedang melihat kita," kata mereka.

Himpunan ICERD yang berlangsung ketika ini memperlihatkan para peserta mulai memenuhi ruang di Dataran Merdeka.

Penganjur ketika ini meminta para peserta agar menjaga tingkah laku serta tidak membuat sebarang provokasi.

Himpunan akan mencapai waktu puncak pada jam 2 petang ini apabila peserta dari sekitar Kuala Lumpur bertemu dan berhimpun di Dataran Merdeka.

Peserta himpunan perhimpunan ini akan bergerak dari tiga lokasi di ibu negara iaitu Masjid Jamek, Sogo dan Masjid Negara sebelum menuju ke Dataran Merdeka.

[ARTIKEL BERKAITAN: LANGSUNG: Peserta Himpunan ICERD mulai masuk Dataran Merdeka]

Artikel Berkaitan:

[ARTIKEL BERKAITAN: ICERD: PDRM siap siaga hadapi sebarang kemungkinan]

Bulan lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator P. Waytha Moorthy berkata, kerajaan komited untuk mengesahkan enam triti hak asasi manusia termasuk Konvensyen Antarabangsa mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) pada suku pertama tahun depan.

[ARTIKEL BERKAITAN: ICERD: Sedia dapatkan pandangan pelbagai pihak]

"Saya ingin menyatakan bahawa meratifikasi konvensyen-konvensyen ini termasuk ICERD adalah selaras dengan manifesto Pakatan Harapan (PH),” katanya.

Ekoran kenyataan menteri itu, satu petisyen mendesak Waytha Moorthy meletak jawatan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri diwujudkan.

[ARTIKEL BERKAITAN: Petisyen desak Moorthy letak jawatan cecah 120k]

Petisyen itu dilancarkan oleh Gerakan Pengundi Sedar (GPS) menerusi tandatangan di atas talian Change.org.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!