PKR lantik Pengerusi MPN Sabah, Sarawak

Anwar
Anwar
A
A
A

KUALA LUMPUR - PKR pada Sabtu mengumumkan pelantikan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Sabah dan Sarawak bagi penggal 2022 hingga 2025.

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengumumkan perkara itu berkata, di Sarawak jawatan itu akan disandang oleh Ketua Cabang, Baram Roland Engan manakala MPN Sabah dipengerusikan oleh Ketua Cabang Keningau, Datuk Dr Sangkar Rasam.

"Saudara Roland akan menggerakkan MPN bersama Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) yang juga Ketua Cabang Hulu Rajang, Abun Sui Anyit bagi memantapkan PKR di Sarawak.

"Datuk Dr Sangkar Rasam pula akan menjalankan tugas dalam satu pasukan bersama Naib Presiden PKR, Awang Husaini Sahari dan Pengerusi Pakatan Harapan Sabah, Datuk Christina Liew,” katanya dalam kenyataan di Facebook rasmi miliknya. - Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!