Liverpool, Fulham sama kuat di Craven Cottage
LIVERPOOL bangkit daripada dua ketinggalan untuk mengikat Fulham 2-2 dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Craven Cottage pada Sabtu.
Dua gol Aleksandar Mitrovic pada minit 32’ dan 72’ berjaya disamakan Darwin Nunez (64’) serta Mohamed Salah (80’) sekali gus memaksa kedua-dua pasukan berkongsi satu mata.
"Para pemain Fulham menunjukkan daya saingan organisasi yang hebat dari awal hingga akhir perlawanan.
“Dan segala perancangan sebelum perlawanan berjaya diterjemahkan para pemain dengan sangat baik dan sempurna," kata Pengendali Fulham, Marco Silva.
Sementara itu, Pengendali Liverpool, Jurgen Klopp yang gembira The Reds berjaya mencuri satu mata dari laman The Cottagers tetap memberi peringatan kepada para pemainnya.
"Keputusannya baik, saya rasa kami tidak layak lebih daripada itu. Namun prestasi pasukan masih boleh dipertingkatkan secara menyeluruh selepas ini," katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!