Mayat terakhir mangsa bot terbalik ditemui

Mayat, Ng Boon Hoon, 33, seorang ahli perniagaan dari Kepong, Selangor, ditemui empat kilometer dari lokasi kejadian bot terbalik.
Mayat, Ng Boon Hoon, 33, seorang ahli perniagaan dari Kepong, Selangor, ditemui empat kilometer dari lokasi kejadian bot terbalik.
A
A
A

KUANTAN - Mayat kedua mangsa lemas dalam kejadian bot terbalik di Sungai Pahang, Pekan, tiga hari lalu ditemui kira-kira jam 9:20 pagi tadi.

Mayat, Ng Boon Hoon, 33, seorang ahli perniagaan dari Kepong, Selangor, ditemui empat kilometer dari lokasi kejadian bot terbalik.

Ketua Polis Daerah Pekan, Superintenden Amran Sidek berkata, mayat mangsa ditemui terapung di tebing Sungai Pahang dekat Kampung Pasir Panjang, Pekan.

Dalam kejadian kira-kira jam 4:45 petang Isnin lalu, dua hilang dan tiga selamat selepas bot sepanjang tiga meter yang mereka naiki terbalik.

kejadian berlaku selepas dua penumpang berdiri ketika merakam gambar lombong pasir di Sungai Pahang, dekat Pulau Awang Mandur menyebabkan bot tidak stabil dan terbalik.

Tengah hari semalam, mayat Chan Hoke Kei, 49, juga seorang ahli perniagaan ditemui kira-kira 500 meter dari lokasi jatuh.

Kedua-dua mayat dihantar ke Hospital Pekan untuk bedah siasat.

ARTIKEL BERKAITAN Dua hilang, bot karam di Pekan

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!