Suami isteri edar syabu diberkas

Gambar dalam : Mohd Zaid
Gambar dalam : Mohd Zaid
A
A
A

KAJANG - Sepasang suami isteri yang dipercayai terlibat dalam kegiatan pengedaran dadah diberkas polis dalam serbuan di sebuah rumah di Jalan Semenyih, di sini pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, serbuan dijalankan sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang kira-kira jam 11 malam.

Menurutnya, kedua-dua suspek itu ditahan dengan rampasan dadah jenis syabu seberat kira-kira 839.60 gram bernilai RM83,960.

"Ujian air kencing mendapati suspek lelaki positif dadah selain memiliki rekod lampau bersabit kes dadah.

"Pasangan berusia lingkungan 30an itu kini direman selama lima hari bermula Khamis untuk siasatan lanjut," katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(1)(a) akta yang sama.

"Orang ramai yang sebarang maklumat berkaitan dadah atau jenayah boleh maklumkan dengan menghubungi IPD Kajang di talian 03-89114222," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!