Hamid Bador pilih pegawai polis akhiri zaman duda

Gambar perkahwinan Abdul Hamid bersama seorang pegawai polis tular di media sosial.
Gambar perkahwinan Abdul Hamid bersama seorang pegawai polis tular di media sosial.
A
A
A

SHAH ALAM - Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador menamatkan zaman dudanya apabila melangsungkan perkahwinan dengan gadis pilihannya seperti gambar perkahwinan mereka yang tular pada Ahad.

Abdul Hamid difahamkan melangsungkan perkahwinan dengan seorang pegawai polis berpangkat Deputi Superintendan (DSP).

Pegawai polis berkenaan, Deputi Superintenden Fazreena Abdul Karim difahamkan bertugas di Muzium Polis Diraja Malaysia melangsungkan perkahwinan bersama Abdul Hamid pada Sabtu.

Gambar perkahwinan tersebut menjadi tular menerusi media sosial yang dikongsikan sejak pagi Ahad.

Menerusi laporan sebuah media tempatan, isterinya dipercayai turut mengesahkan perkahwinannya dengan Abdul Hamid melalui satu tangkap layar perbualan melalui aplikasi WhatsApp.

Abdul Hamid Bador sebelum ini dilantik sebagai Ketua Polis Negara secara kontrak selepas bersara bagi tempoh dua tahun, berkuat kuasa 4 Mei 2019 hingga 3 Mei 2021 sebelum digantikan dengan Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani.

Abdul Hamid yang berusia 64 tahun dilahirkan pada 7 Ogos 1958 telah memegang pelbagai jawatan dalam pasukan polis di peringkat daerah, negeri dan Ibu Pejabat Bukit Aman.

Antara jawatan yang pernah disandang beliau ialah Timbalan Ketua Polis Gombak, Ketua Cawangan Khas Negeri, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Perisikan Luar (E3), Bahagian Ancaman Ekstrimis Luar, Timbalan Pengarah Cawangan Khas I dan Pengarah Cawangan Khas sejak Mei 2018.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!