Adik Daniel jalani pembedahan

Daniel mula dibawa ke bilik bedah pada jam 2 petang tadi.
Daniel mula dibawa ke bilik bedah pada jam 2 petang tadi.
A
A
A

GUA MUSANG - Kanak-kanak derita ketumbuhan menjalani pembedahan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) hari ini.

Muhammad Arshad Daniel Halim,12, dari Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Kesedar Chalil, mula dimasukkan ke hospital itu pada Isnin lalu.

Menurut ibunya, Zariah Wahab, 39, Daniel mula dibawa ke bilik bedah pada jam 2 petang.

"Saya mohon doa dari semua, doakan anak saya selamat dan pembedahan berjalan lancar," katanya.

Sementara itu, Setiausaha Sulit Kanan (SUSK) Timbalan Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Prof Dr Abg Janal Abidin Abg Junaidi berkata, penderitaan yang ditanggung Daniel mendapat perhatian, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji.

Tengku Zulpuri turut menyalurkan bantuan perjalanan, penginapan serta kelengkapan keluarga itu sepanjang berada di hospital.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!