'Ini hanya baru permulaan'

Erling Haaland Foto EPA
Erling Haaland Foto EPA
A
A
A

ERLING Haaland memulakan aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini dengan penuh bergaya apabila membantu Manchester City membenam West Ham United 2-0 pada Ahad.

Tampil buat kali pertama di pentas EPL selepas berhijrah dari Borussia Dortmund pada musim panas ini, Haaland menyumbat kedua-dua gol City di Stadium London itu.

Haaland membuka tirai jaringan City menerusi sepakan penalti pada minit ke-36 sebelum melengkapkan kemenangan The Citizens dengan gol kedua pada minit ke-65.

“Sangat baik apabila dia menyaksikan kedua-dua gol itu kerana ia adalah detik yang penting buat saya dalam penampilan pertama dalam liga ini (EPL).

“Ia tentang apa yang kami lakukan dalam sesi latihan setiap hari. Akan ada banyak lagi (jaringan), jadi saya tidak risau kerana ini hanya baru permulaan,” katanya.

Minggu lalu, Haaland dikritik selepas gagal memanfaatkan beberapa peluang ketika kekalahan 1-3 kepada Liverpool dalam aksi Perisai Komuniti.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!