Akaun Telegram Saifuddin Abdullah pula digodam

Saifuddin memaklumkan perkara itu menerusi ciapan di Twitter.
Saifuddin memaklumkan perkara itu menerusi ciapan di Twitter.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Akaun Telegram milik Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah malam ini telah digodam oleh pihak tidak bertanggungjawab, beberapa jam selepas perkara sama berlaku terhadap akaun Telegram peribadi Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Saifuddin yang memaklumkan perkara itu menerusi ciapan di Twitter berkata, pihak yang menggodam akaunnya telah menyalahgunakan nama dan gambarnya melalui aplikasi itu.

"Sesiapa yang menerima sebarang mesej daripada Telegram dinasihati abaikannya dan laporkan kepada pihak berkuasa," menurut ciapan itu.

Petang Isnin, Ismail Sabri memaklumkan bahawa akaun Telegram miliknya telah digodam oleh individu tidak bertanggungjawab, dan meminta orang ramai mengabaikan mesej daripada akaun berkenaan. - Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!