Covid-19: 2,863 kes baharu, enam kematian
KUALA LUMPUR - Jangkitan kes baharu Covid-19 pada Isnin naik sedikit ke 2,863 berbanding 2,728 pada hari sebelumnya.
Ia menjadikan jumlah kes baharu harian bertambah ke 4.687 juta kes sejak pandemik melanda negara.
Menurut data KKM di portal CovidNow, enam kes kematian dicatatkan pada Isnin, kekal angka sama pada hari sebelumnya. Daripada jumlah itu, satu kes berlaku di luar fasiliti hospital, 'brought-in-dead' (BID).
Kes aktif Covid-19 dalam negara kini 43,875 di mana 95.7 peratus atau 41,996 pesakit sedang menjalani kuarantin di rumah.
Dilaporkan 1,790 kes dirawat di hospital dengan 55 kini ditempatkan di wad unit rawatan rapi (ICU) dan 38 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.
Negara juga mencatatkan 4,752 kes sembuh. - Awani
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!